Hari ini, aku telah memikirkan sesuatu perkara yang membuatkan aku begitu menghargai kehidupan aku ini. Aku berasa sedih kerana pada hari keesokannya aku tidak dapat memandang wajah sahabat baikku sejak aku berkawan dengannya semasa aku tingkatan 1. Bagi aku dia merupakan insan yang istimewa kerana dia mempunyai bakat yang luar biasa. Seorang yang tenang dalam menghadapi sesuatu situasi yang agak tegang dan banyak lagi yang aku tidak dapat menerangkan. Baru kini aku sedar bahawa kita perlu mempunyai sesuatu kenangan sama ada indah atau sebaliknya bersama rakan. Perkara ini dapat memberikan aku semangat untuk terus maju dalam kehidupan. Sesungguhnya aku begitu sayang akan sahabat baikku ini. Aku berharap agar dia dapat memiliki impiannya selama ini. Aku mendoakan kejayaan kau di sana.